HUKUM TAJWID
QALQALAH
QALQALAH SUGHRA
Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di
pertengahan kalimah.
Tanda
: Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
QALQALAH KUBRA
Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan
bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut
tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh
yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda
: Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
QALQALAH AKBAR
Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf
Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid).
Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang)
disebabkan wakaf (berhenti) padanya.
Tanda
: Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.
NUN SAKINAH DAN
TANWIN
IQLAB
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz
sesuatu huruf kepada huruf yang lain.
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba',
maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai
suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab
ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain
kerana Mim dan Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.
- Makhraj
Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
- Sifat yang
sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan
Ghunnah
IDGHAM
IDGHAM
terbahagi kepada 2.
IDGHAM BILA GHUNNAH
Iaitu
memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam.
Apabila salah satu dari dua
huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam
dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah.
Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).
IDGHAM MA'AL GHUNNAH
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf
Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia
dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.
IKHFA' HAQIQI
Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa' Nun Sakinah
atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat
(peringkat):
- Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf
To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah.
- Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf
Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana
makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan
martabat terendah) Nun Sakinah.
- Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan
kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah.
Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku
pada huruf pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
- Surah Maryam: 1
- Surah al-Syura: 2
- Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2).
Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada
dua keadaan:
- Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf
Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan
Qaf).
- Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf
Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang
telah disebutkan di atas).
MIM NUN BERSABDU
MIM BERSABDU
Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan kedua
berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya
membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca
secara Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat.
NUN BERSABDU
Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf
yang pertama sukun dan yang kedua berbaris
HUKUM MAD
MAD FAR'IE
Mad Far'ie terbahagi kepada 8.
Mad 'Aridh Lil Sukun
Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang
selepas huruf Mad ketika waqaf.
Dibaca
2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu
martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun
serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.
Mad Badal
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu
kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian
daripada Hamzah.
Huruf Hamzah kedua
ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan
bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
- Mad Badal
yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
- Mad Badal
yang terjadi ketika wasal sahaja.
- Mad Badal
yang terjadi ketika waqaf sahaja.
- Mad Badal
yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').
Kadar bacaannya adalah 2 harakat.
Mad 'Iwad
Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas
kecuali pada huruf Ta' Marbutah.
Ia
wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi
kerana waqaf.
Mad Jaiz Munfashil
Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua
kalimah iaitu ketika wasal sahaja.
Dinamakan Mad Jaiz
Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca
lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan
Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
Kadar harakatnya harus
dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran
berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:
- Mad Jaiz
Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan
Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
- Mad Jaiz
Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah
berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini
berlaku pada dua situasi:
- Ya'
al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan
Hamzah.
- Ha' Lil
Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
Mad Liin
Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang
ketika waqaf sahaja.
Ia
boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.
Dinamakan
Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4
dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun
Mad Silah Qasirah
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara
mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya
terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak
ada hamzah qat'ie.
Mad Silah Towilah
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara
mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya
terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha'
terdapat Hamzah Qat'ie
Mad Tamkin
Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya'
yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun.
Mad Asli
Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad.
Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie.
Mad Asli terjadi apabila:
a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.
Perhatian:
Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan
dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika
wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.
HUKUM HAMZAH
PECAHAN HUKUM HAMZAH
Hamzah Qat'ie
Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya
atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini
mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh
menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga
jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi).
Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:
- Awal
kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
- Pertengahan
kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).
- Di hujung
kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun
(mati).
Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa
keadaan:
- Dibaca
secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami'
surah Fussilat: 44.
- Dibaca
secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah
wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada
lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283
Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.
1.
Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia
ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas,
bawah atau hadapan.
2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa
keadaan:
- Apabila
hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia
ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
- Sekiranya
hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia
ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.
- Sekiranya
hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia
ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
- Sekiranya
hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka
ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
- Sekiranya
hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai
rumah.
- Sekiranya
hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai
rumah.
- Sekiranya
hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau
sebagai rumah.
3. Apabila Hamzah
Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:
- Jika
sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis
dengan huruf alif sebagai rumah.
- Jika
sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis
dengan huruf Ya' sebagai rumah.
- Jika
sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis
dengan huruf wau.
2.
Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris
mati (sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
Hamzah Wasal
Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan
tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah.
Tanda:
Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara
nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil
di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja)
sahaja
LAM TA'ARIF
PECAHAN LAM TA'ARIF
Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)
Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham
Syamsi. Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf
Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal,
Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.
Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:
1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan
dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi apabila
Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.
Sebab-sebab Idgham:
1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada
makhraj dan sifat.
2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.
Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)
Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta'rif
apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada
empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim,
Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam
tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam
dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.
MIM SAKINAH
IKHFA' SYAFAWI
- Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib dibaca dengan
Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2
harakat.
- Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari
dua bibir.
- Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.
IZHAR SYAFAWI
- Apabila
Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah selain dari huruf Ba' dan
Mim maka hukum bacaannya adalah Izhar.
- Dibaca
dengan tidak disertai ghunnah (dengung).
- Di namakan
Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara dua bibir.
TAFKHIM DAN TARQIQ
LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ
Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului dengan huruf
yang berbaris bawah
PECAHAN HUKUM RA'
Ra' Tarqiq
Ra' wajib dibaca
dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:
- Ra'
berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah.
- Ra'
berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh: Surah Ibrahim: 44
- Ra' sukun
dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di hujung
kalimah.
- Ra' sukun,
huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila' dalam
kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1
- Ra' sukun
'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain daripada Ya',
sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah.
- Ra' sukun
'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
- Ra' sukun
'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
- Ra' yang
diimalahkan.
0 comments:
Post a Comment